Assalamualaikum...Salam Ramadhan buat semua...alhamdulillah aku berkesempatan utk menjalani ibadah puasa tahun nih...bersyukur diberi nikmat selama ni...Dalam entri kali ni, ak nk kongsi beberapa fadhilat Ramadhan buat renungan semua...ni aku ceduk dr halaqah.net...
Hadith -1-
Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Umatku telah dikurniakan dengan lima perkara yang istimewa yang belum pernah diberikan kepada sesiapa pun sebelum mereka. Bau mulut daripada seorang Islam yang berpuasa adalah terlebih harum di sisi Allah daripada bau haruman kasturi. Ikan-ikan di lautan memohon istighfar (keampunan) ke atas mereka sehinggalah mereka berbuka puasa"
Hadith -2-
Ubadah Bin Somit ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda pada suatu hari ketika Ramadhan hampir menjelang: "Telah datang kepadamu bulan Ramadhan, di mana Allah melimpah ruahkan di dalamnya dengan keberkatan, menurunkan rahmat, mengampuni dosa-dosa kamu, memakbulkan doa-doa kamu, melihat di atas perlumbaan kamu untuk memperolehi kebaikan yang besar dan berbangga mengenaimu di hadapan malaikat-malaikat. Maka tunjukkanlah kepada Allah Taala kebaikan dari kamu. Sesungguhnya orang yang bernasib malang ialah dia yang dinafikan daripada rahmat Allah pada bulan ini."
Hadith -3-
Abu Sa'id Al Khudri ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Setiap hari siang dan malam pada bulan Ramadhan, Allah Tabaraka wa Taala membebaskan begitu banyak sekali roh daripada api neraka. Dan pada setiap orang Islam pada setiap hari siang dan malam doanya pasti akan diterima."
kalau dilihat hadis2 diatas, jelas menunjukkan kelebihan orang yg berpuasa...mulut berbau kasturi disisi Allah...ikan di laut pon berdoa utk keampuanan mereka yg berpuasa...so kat sini ak nk mengingatkan diri sendiri dan juga muslim muslimat yg laen agar mengambil kesempatan meningkatkan taqwa kite kpd Allah dlm Ramadhan yg Mulia ni...sesungguhnya segala yg baik tu dtg dr Allah SWT & yg kurang tu sume dtg dr aku, hambaNya yang mengharapkan keberkatan Ramadhan...
"SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA..."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan